Skip to main content

Pengenalan SULAM

SULAM (Service Learning Malaysia-University for Society) ialah satu pengalaman pendidikan berasaskan kursus dan kredit yang menghubungkan pelajar universiti dengan komuniti, sama ada di dalam atau luar negara, melalui aktiviti perkhidmatan yang memenuhi keperluan komuniti yang telah dikenal pasti. Aktiviti ini dilaksanakan secara terancang dan distrukturkan, dengan menggabungkan pembelajaran akademik dan perkhidmatan komuniti bagi mencapai hasil pembelajaran yang jelas.

Melalui SULAM, pelajar bukan sahaja menerapkan pengetahuan dan teori daripada kursus ke dalam situasi dunia sebenar, tetapi juga melibatkan diri dalam refleksi kritikal sebelum, semasa, dan selepas aktiviti untuk menghubungkan pengalaman perkhidmatan dengan kandungan kursus. Pendekatan ini membolehkan pelajar mengembangkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap bidang pengajian mereka, meningkatkan kemahiran insaniah seperti kepimpinan, komunikasi, dan kerja berpasukan, serta membina rasa tanggungjawab sosial dan etika profesional.

SULAM menekankan keseimbangan antara hasil pembelajaran dan hasil perkhidmatan. Pelajar bekerja secara kolaboratif dengan komuniti sebagai rakan setara untuk mencari penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi, sekali gus memperkukuh hubungan universiti–komuniti dan memupuk perubahan sosial yang positif serta lestari.

  • Visi

    Menjadi peneraju dalam memartabatkan pembelajaran berasaskan perkhidmatan (service learning) yang holistik, inklusif, dan berimpak tinggi bagi melahirkan graduan berkualiti serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lestari dan berdaya saing di peringkat nasional dan global.

    Misi

    1. Mengintegrasikan elemen pembelajaran dan khidmat komuniti secara strategik dalam kurikulum akademik.
    2. Membentuk pelajar yang berilmu, berkemahiran, berdaya saing, dan berjiwa masyarakat melalui penglibatan aktif dalam projek SULAM.
    3. Memperkukuh kerjasama antara universiti, komuniti, dan pihak berkepentingan untuk menghasilkan impak yang mampan.
    4. Menyediakan platform bersepadu bagi menyebarluaskan inisiatif, pencapaian, dan impak SULAM kepada masyarakat umum.
  • CARTA ORGANISASI SULAM USM

    Profesor Dato' Dr. Narimah Samat

    Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

    Universiti Sains Malaysia (USM)

    Prof. Madya Dr. Ir. Ts. Mohd Hazizan Mohd Hashim

    Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum

    Universiti Sains Malaysia (USM)

    Dr Noor Alyani Nor Azazi

    Penyelaras SULAM

    Universiti Sains Malaysia (USM)

    Cik Edzuwyn Fathin Haji Mahyuddin

    Penolong Pendaftar Kanan Pusat Rancangan Kokurikulum

    Universiti Sains Malaysia (USM)

  • PUSAT PENGAJIANPENYELARAS
    Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

    Dr. Siti Mastura Baharudin This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

    Dr. Bok Guat Im This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Sains Kesihatan

    Dr. Mohd Fadzil Nor Rashid This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

    Dr. Mohamad Khairul Anuar Bin Mohd Rosli This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Sains Fizik

    Dr. Afiq Arif Aminuddin Jafry This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Komunikasi

    Dr. Suriati Saad This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Sains Kimia

    Prof. Madya Dr. Oh Wen Da This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

    Dr. Maslina Mohammed Shaed This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

    Prof. Madya Ir. Dr. Rosmiwati Mohd Mokhtar This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Sains Perubatan

    Dr. Ahmad Filza Ismail This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Pengurusan 

    Dr. Afzal Izzaz Bin Zaha This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik

    Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Baharuddin Abdullah This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Sains Pergigian

    Dr. Ruhaya Hasan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Sains Komputer

    Dr. Nor Athiyah Binti Abdullah This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan

    Prof. Madya Dr. Shaidatul Akma Adi Kasuma This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Perumahan Bangunan Dan Perancangan

    Prof. Madya Sr. Dr. Ruhizal Roosli This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Teknologi Industri

    Dr. Widad Fadhullah This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

    Pusat Pengajian Sains Matametik

    Dr. Muhammad Fadhil Marsani This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Sains Kajihayat

    Prof. Madya Dr. Chew Bee Lynn This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Sains Farmasi

    Dr. Ooi Guat See This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA)

    Prof. Madya Dr. Nor Hafizah Hj Selamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia

    Ir. Dr. Nur Ayshah Rosli This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS)

    Dr. Suzyrman Sibly This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam

    Prof. Ir. Dr. Taksiah A. Majid This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral

    Muhamad Sharan Musa This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Seni

    Prof. Madya Dr. Mumtaz Begum Aboo Backer This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa

    Ir. Dr. Hussin Mamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • 1.Simbol Utama – Gelung Infinit (∞)

    Bahasa Melayu:

    Bentuk gelung berterusan melambangkan kesinambungan ilmu, khidmat dan pembangunan komuniti yang menjadi teras kepada SULAM. Ia menggambarkan kitaran pembelajaran tanpa henti antara universiti dan masyarakat - pelajar belajar melalui khidmat kepada komuniti, manakala komuniti berkembang hasil ilmu dan inovasi yang dikongsi pelajar.

    Reka bentuk yang lancar dan dinamik mencerminkan nilai kolaborasi, kesepaduan, dan pergerakan progresif – selari dengan misi USM sebagai Apex University yang sentiasa mendepani perubahan dan memperkukuh hubungan antara akademia dan masyarakat.

    English Translation:

    The continuous loop symbolizes the interconnectedness of knowledge, service, and community development, which lies at the heart of SULAM. It represents the never-ending cycle of learning between the university and the community - students learn by serving the community, while the community grows through shared knowledge and innovation.

    The fluid and dynamic form signifies collaboration, unity, and progress, reflecting USM’s mission as an Apex University that continuously advances societal transformation through education and engagement.

    2.Makna Warna – Ungu dan Jingga

    Bahasa Melayu:

    Ungu, warna korporat ikonik Universiti Sains Malaysia (USM), melambangkan kebijaksanaan, aspirasi, dan kekuatan intelektual. Ia mewakili peranan USM sebagai pusat ilmu yang menggalakkan pemikiran kritikal, inovasi dan kepimpinan berasaskan nilai.

    Jingga pula membawa maksud tenaga, semangat dan penglibatan sosial, mencerminkan keghairahan pelajar dan pensyarah USM dalam melaksanakan tanggungjawab sosial melalui projek komuniti.

    Gabungan Ungu (kecemerlangan akademik) dan Jingga (tindakan praktikal) menzahirkan semangat holistik dan seimbang - di mana ilmu, nilai dan tindakan bersatu dalam satu ekosistem pembelajaran bermakna seperti yang dihasratkan oleh SULAM USM.

    English Translation:

    Purple, the iconic corporate color of Universiti Sains Malaysia (USM), represents wisdom, aspiration, and intellectual strength, symbolizing the university’s role in fostering critical thinking, innovation, and values-based leadership.

    Orange reflects energy, enthusiasm, and social engagement, signifying the passion of USM’s students and academics in serving society through community projects.

    The combination of Purple (academic excellence) and Orange (practical action) expresses a holistic and balanced spirit, where knowledge, values, and action unite in a meaningful learning ecosystem envisioned by SULAM USM.

    3.Tipografi dan Tagline – "University for Society"

    Tipografi moden dan kemas menyerlahkan ketelusan, profesionalisme, dan keterbukaan, mencerminkan komitmen USM untuk menjadikan pendidikan lebih inklusif, berimpak dan mudah diakses oleh masyarakat.

    Tagline “University for Society” mengukuhkan falsafah USM bahawa universiti bukan sekadar pusat pembelajaran, tetapi agen perubahan sosial. Ia menegaskan peranan USM sebagai universiti yang berkhidmat untuk masyarakat (University for Society), memperkasa komuniti melalui ilmu, inovasi dan nilai kemanusiaan.

    English Translation:

    The modern and clean typography conveys transparency, professionalism, and openness, reflecting USM’s commitment to making education more inclusive, impactful, and accessible to society.

    The tagline “University for Society” reinforces USM’s philosophy that a university is not merely a place of learning but also an agent of social transformation. It highlights USM’s identity as a university that serves society - empowering communities through knowledge, innovation, and human values.

    4.Integrasi Identiti USM

    Bahasa Melayu:

    Logo ini diadaptasi daripada konsep asal SULAM peringkat kebangsaan, namun diberi nafas baharu melalui penyepaduan identiti korporat USM - khususnya warna dan gaya reka bentuk yang mencerminkan semangat “Kami Memimpin”.

    Reka bentuk ini menonjolkan bahawa USM bukan sahaja mendukung visi nasional SULAM, tetapi turut memperkayakan pelaksanaannya melalui budaya, warisan dan misi akademik universiti. Ia melambangkan peranan USM sebagai peneraju pelaksanaan SULAM di Malaysia - universiti yang menzahirkan semangat Service Learning dengan roh keinsanan dan kecemerlangan intelektual.

    English Translation:

    This logo is adapted from the national SULAM design, yet reimagined through the integration of USM’s corporate identity- notably its signature colors and design language that embody the spirit of “Kami Memimpin” (“We Lead”).

    It signifies that USM not only supports the national SULAM vision but also enriches its implementation through the university’s unique culture, heritage, and academic mission. The logo represents USM’s leadership in advancing SULAM nationwide - embodying the spirit of Service Learning rooted in humanity and intellectual excellence.