Pengenalan SULAM
SULAM (Service Learning Malaysia-University for Society) merupakan inisiatif pendidikan yang berinovasi dalam menghubungkan pelajar universiti dengan komuniti (dalam mahupun luar Malaysia) melalui pengalaman pembelajaran praktikal dan berasaskan tindakan. Ia merupakan satu komponen yang wajib dalam pendidikan tinggi Malaysia, program ini menggabungkan pembelajaran akademik dengan penglibatan komuniti yang membolehkan pelajar untuk menerapkan ilmu serta teori yang mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah komuniti yang nyata dalam masa yang sama mengembangkan kemahiran penting dan tanggungjawab sosial pelajar. SULAM membolehkan pelajar untuk bekerja secara langsung bersama komuniti yang mereka pilih dalam mengatasi cabaran sebenar, membolehkan pelajar untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang bermakna pada diri mereka dalam membentuk sahsiah dan personalti mereka. Dengan mengintergrasikan pembelajaran perkhidmatan ke dalam pendidikan universiti, SULAM membantu membentuk graduan yang memahami aplikasi praktikal pengetahuan mereka sambil mengukuhkan hubungan komuniti dan memupuk perubahan sosial positif.